Monday, October 7

Watak Dalam Kehidupan Mama

Assalammualaikum..W.B.T
Lamanya mama tinggalkan dunia penulisan nih. Tapi rasa nak menulis tu datang balik sejak dua menjak nih. Walaupun mama dah tak menulis lagi sebelum nih, mama aktif dalam dunia pembacaan. Macam-macam mama baca, tentang dunia perniagaan, usahawan, agama, keluarga, novel, gosip dan macam-macam lagi.Dari satu blog ke satu blog mama singgah. Mama suka membaca sejak belajar dulu lagi. Bukan membaca jer mama suka menulis pun sama gak. Mama rasa dengan membaca dan menulis dapat membolehkan otak kita berfungsi. Bukan bermakna tak membaca dan menulis otak tak berfungsi, tapi bagi mama lah, otak mama 'slow' mesti bagi input yang banyak dalam otak setiap hari.
 Mama ada dua orang putera yang sangat comel dan nakal. Yang sulung esok 8 oktober 2013 baru masuk 4 tahun dan yang bongsu baru setahun lebih. Pejam celik pejam celik anak mama dah besar. Macam-macam ujian yang hadir untuk membesarkan Amanah Allah berikan.Suka duka kami tanggung bersama. Mohammad Hadif Irfan buah hati mama yang sulung. Seorang yang sangat ceria dan sangat nakal. Mama dah hantar anak bujang mama pergi sekolah sejak umur 3 tahun lagi. Mula-mula abang takut-takut masuk kelas, tapi masuk hari ketiga semuanya berjalan dengan lancar. Takutnya hilang nakalnya ada. Biasa lah kan budak-budak. Anak bujang mama ni selalu buat jantung mama nak tercabut.Bila demam panas mesti pengsan. Penyakit abang semenjak umur 2 tahun. Anak mama yang bongsu pula, Mohammad Hariz Izhan. Anak mama yang nih lebih kurang macam abang dia gak, Nakal.Sekarang ni, kalau anak lelaki yang nakal tak perlu dihairankan lagi kerana biasalahkan anak lelaki memang nakal.
 Watak yang perlu anda tahu dalam kehidupan mama dalam membesarkan amanah Allah ni ialah Encik suami. Seorang yang tegas tak merokok dan tak minum minuman keras.
Keluarga mama, banyak membantu dalam membesarkan anak-anak. Ibu mama dan arwah ayah juga sangat banyak membantu mama dalam membesarkan anak-anak mama.Mama ada 8 orang adik beradik. Mama anak keempat dari lapan adik-beradik. Seperti semua orang keluargaku adalah nyawaku. Keluargaku adalah segala-galanya bagiku.'I Love My Family'.